Tuesday, August 4, 2009

kegagalan bermakna bagiku.......

Kegagalan tidak seharusnya penyesalan…..
Gagal….satu perkataan yang pastinya tidak diinginkan oleh semua….
Suatu perkataan yang sering menghantui kita apabila kita ingin melakukan sesuatu……..
Semestinya ia perkataan utama yang akan kita fikirkan dalam kehidupan….
Gagal….dalam pelajaran…..percintaan……dan seterusnya….kehidupan….
Gagal dalam 3 aspek ini banyak memberikan impak kepada kita….
Gagal dalam pelajaran….seringkali menjadi igauan ngeri…
Bagi insane yang bergelar pelajar….jua sepertiku…..
Namun…sering kali kita mendengar….
Setiap kali kita menghadapi kegagalan dalam aspek ini…
Pastinya kita akan terdengar belajar dari kegagalan….
Memang…ternyata benar…
Kegagalan akan mengajar kita untuk lebih bersungguh-sunguh dalam pelajaran….
Tidak terkecuali juga dalam aspek percintaan….
Setiap kali kita gagal…pasti kita akan mempelajarinya….
Belajar dari kegagalan percintaan tersebut…dan turut memperbaikinya….
Hingga hasilnya cukup sempurna….tapi…sanggupkah kita…
Untuk belajar berulang kali dari kegagalan tersebut….
Pasti tiada yang sanggup…apatah lagi…setiap kali ingin belajar dari kegagalan tersebut…kita pastinya kehilangan org yg tersayang….
Yang seterusnya…hasil daripada kegagalan….kita mungkin gagal dalam kehidupan kita…gagal dalam kehidupan…bermakna akhir untuk segalanya… tiada lagi istilah untuk belajar dari kegagalan pada waktu ini…
Gagal dalam kehidupan bermakna kita telah gagal untuk menunaikan kewajipan atau tanggungjawab yang telah diletakkan di atas bahu kita….
Kegagalan yang tidak mungkin dapat kita betulkan lagi apabila masa telah melintasinya…dengan pantas meninggalkan kita….tanpa sempat kita mempelajari sesuatu dalam kehidupan kita….
Namun…bagiku…kesemua kegagalan tersebut tidak seharusnya kita akhiri dengan melahirkan sejuta penyesalan yang tiada kesudahannya…
Bagiku…sekiranya semua kegagalan tersebut kita hadapi dengan iman….
Dan tawakal terhadapNya…dengan meredhai ketentuanNya…walaupun kesudahannya tidak seperti yang kita harapkan….namun…. redha dengan dugaanNya adalah kunci untuk menguji sejauh mana kekuatan iman kita….
Dari situ baru kita akan menyedari bahawa betapa kerdilnya kita disisiNya…
Oleh itu…iman dalam diri perlu dihadiri dengan ketakwaan yang tidak berbelah bahagi…keimanan yang hakiki…beserta kasih saying yang sejati….
Percayalah dalam diri…bahawa….Dia hanya menguji hambanya yang beriman…hambaNya yang terpilih…
Oleh itu…bersyukurlah ke Hadrat Illahi…apabila setiap kali diuji… bahawa kitalah hamba di antara hamba-hambaNya yang terpilih dimana menzahirkan bahawa kita telah beriman terhadapNya…..
Di antara hamba-hambaNya yang beriman……




Sekian…………………….

chasepoll

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright The UnLoveR`eD 2010.
Converted To Blogger Template by Anshul .