Sunday, May 16, 2010

latest from me.....and her......

cerita antara aku dan dia......baru sahaja bermula......   i`m  falling to her...   i love her...

REuNioN SKSP....After 11 years......................

Friday, April 16, 2010

10th april.....

tanggal 10 april....tarikh yg sgt2 memberikan makna yg besar dlm hidupku...tarikh yg aku pasti xkn dapat lupakan...dan akan aku abadikan sbg memori dlm hidupku...sempena dgn 10 april...genaplah setahun aku hidup dlm kedukaan...mengenang luka2 yang terpendam...genap 10 april...bermakna...tarikh utk aku melepaskan semuanya...bg aku semuanya telah berlalu...
dlm tempoh setahun ini...byk yg telah aku pelajari...antaranya untuk hidup berdikari seorang diri...tanpa teman disisi...dlm tempoh setahun juga aku cuba utk memperbaiki kesalahan diri ini...setelah kegagalan ku yang lepas...aku belajar utk lebih mghargai...namun...setelah setahun juga...hati ini telah terkunci...tertutup rapi...sehingga hari ini...tiada yang dapat memasuki...mungkin kerna apa yang aku telah lalui...
setiap hari...aku mendoakan kebahagiaan untuknya...walaupun masih lagi ada sedikit amarah terhadapnya...namun...syg mlebihi segalanya..jauh d sudut hati...aku inginkan dia bhgia...walaupun bukan bersama aku...namun...kebahagiaannya lebih penting dr segalanya...
kesimpulan dari 1 tahun yg ku lalui ini...aku cuba utk mencari punca2 kegagalan ini...dan akhirnya aku mgerti...setiap manusia berhak utk bahagia...dan berhak utk memilih jalan hidupnya...baik atau buruk...itu kputusannya...
dan untuk tahun2 yang akan dtg jua...aku akan terus berdoa... moga Yang Maha Esa..bukakan hati ku ini...utk aku menerimanya...sekiranya telah dtakdirkan bersama...aku redha dgn apa yang telah berlaku...sekiranya itu ketentuanNya...aku pasrah meniti waktu...
akhir kata ku disini...selamat ulangtahun yang pertama...semoga bahagia bersamanya...Assalamualaikum...

kewajipanku...


Assalamualaikum W.B.T

SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
• 1. Memberi bantuan kewangan
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
• 2. Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
• 3. Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)
4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.
• 5. Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.
Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”
• 6. Melakukan apa yang disukai
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”
• 7. Bercakap dengan lemah lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
• 8. Menghadiahkan kejayaan
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
• 9. Meluangkan masa bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
• 10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Thursday, March 11, 2010

cabaranku yang terakhir....

pejam celik...pejam celik....akhirnya...aku sampai di penghujung.... setelah banyak dugaan, cabaran, halangan yangtelah aku hadapi sepanjang 6 semester aku disini... kini tinggal satu lg episod dlm hidup aku...lau bermulalah epilog sebenar kehidupan aku... namun...di akhir2 perjuangan aku ini...banyak halangan yang semakin mencabar perlu aku redahi...ternyata mencabar kemampuanku...dalam usaha aku untuk menamatkan pengajianku disini...aku perlu menyiapkan final dissertasi aku yang bertajuk pengurusan dan penyelenggaraan fasliti di dalam bangunan wad hospital kerajaa. semestinyasesuatu yang mcabar mindaku...seperti yang kita ketahui...pengurusan hospital adalah satu pengurusan yang sangat rumit...juga merupakan salah satu bangunan yang paling susah untuk diselenggara kerana melibatkan penghuninya yang nyata terdiri daripada pesakit...namun...inilah minat ku...bidang yang aku ingini...jadi...aku perlu tabahkan diri aku utk semua ni...

 di akhir2 ini...semestinya doa restu ibu dan ayah serta rakan taulan yang mengenali diri ini adalah sangat diperlukan...kepada sesiapa yang pernah aku sakiti...ampun dan maaf aku hulurkan...lepaskanlah dendam di hati...untuk kesinambungan hari2 mendatang...kepada ayah dan ibu...anakmu ini sedang berjuang...doakanlah anakmu ini..agar kejayaan dapat ku julang..demi untuk membahagiakan ibu dan juga ayah...demi utk membalas semua jasa dan pengorbanan,,,sesungguhnya tidak sabar rasanya didala hati ini utk memulakan bakti diri....

di akhir2 ini...pastinya kejayaan yang bakal dimiliki ingin dikongsi...kebelakangan ini aku sering merasakan kehilangan...yang dahulunya aku banggakan....ternyata aku merindui dia...mungkin kerna janji2ku dulu...hingga kini aku tetap merasakan kehadirannya...rasa ingin berkongsi bsamanya...tapi apakan daya...yg lepas perlu dlepaskan...dia hanyalah kenangan silam ku...juga kegagalanku....


semangat perlu ku kobarkan...kerna masa depan menantiku...tggjawab dibahuku semakin bertambah... demi untuk masa depan....aku rela korbankan segalanya ayang pernah aku ada...oleh itu...xkan ku biarkan perjuangan ku terhenti disini...biarpun nyawaku jadi taruhan...semoga menjadi panduan kepada yang berkenaan....sekian....



Saturday, January 23, 2010

sekembalinya aku....

assalamualaikum....sekembalinya aku ke sini...setelah lama rasanya aku x menulis...
bukan kerna dh tiada apa2 atau aku dh kurg berminat utk menulis...cuma aku sedang menyelami hati aku...
meninjau sekeliling...mencari ilham lagi utk diri ini...sepertinama yang aku jangkakan...
kini aku di semester akhir pengajianku...Alhamdulillah...syukur ke Hadrat Ilahi...atas nikmat dan kurnianya aku masih lagi di sini...semoga dengan rahmatnya aku dapat menghabiskan pengajianku ini...apabila tibanya saat2 akhir semester ini...fikiran aku sering terngiang2 dengan kenangan2 yang lalu...terimbas kembali janji2 yg telah ku bina...mampukah aku penuhinya...dunia pkerjaan dihadapanku sering dgembar-gemburkan dgn pelbagai cabaran...dgn pelbagai imej negatif yang semestinya menjadi igauan ngeri buat semua pelajar seperti aku..harapan utk membina kerjaya serta membalas jasa kedua org tua begitu berkobar2 kini...setelah penat melikhat mereka bertungkus lumus menyumbang tenaga demi anank2 yang tercinta...mereka ini wajar kita berikan keutamaan...kebahagiaan...kerna merekalah kita disini...aku bsyukur dgn apa yg ku perolehi...aku bsyukur dgn rahmat dari Ilahi...walaupun aku dlahirkan dari keluarga yang serba kekurangan....namun kau lahirkan aku dalam keluarga yang kaya dengan kasih sayang...yg tlalu indah bagiku...hinggakan tanpa perlu diungkapkan ku telah ketahui semuanya...yg pasti...di hadapan aku penuh dengan onak duri serta dugaanNya..dgn berbekalkan kenangan2 yang silam...aku melangkah kedepan...menuju ke arah yang telah ditakdirkan untuk aku...yang pastinya ingin dilihat oleh setiap orang dsekelilingku...kepada yang telah menjadi kenangan...terima kasih diatas kenangan mu...dan terima kasih kerana telah memberikan aku satu pengalaman untuk ku lebih matang dlm kehidupan...semoga kenangan2 ku berbahagia...semoga peroleh yang diimpikannya...kerna semestinya kenangan akan terus abadi...akan terus dlakari...tanpa mengira siapa kita dsisi...ianya x kn terhenti.....
.....kepada semua kenangan ku...yang ku rindu...........

Tuesday, November 3, 2009

the 10th years freindship....the memories still remain....




 
 
 
 
 
gambar bersama dengan kawan2 aku disini...salah seorang dari diorang ni merupakan kawan aku masa sekolah rendah dulu...aku loss contact ngn dia after UPSR...masing2 bwk haluan...kalo dulunye masa kecil selalu je jalan g sekolah sekali...balik pun sekali...kira my bestfreind forever la...sampai skang ni pun...bila aku jumpa dia balik...dia ttp x berubah...still mcm dulu...tapi kenapa aku perasan aku yang byk sgt berubah...sampai diorang x kenal ngn aku...hampeh tol...
yang lain2 tu kawan2 yang latest ni la...masing2 ada penyakit sendiri...ada masalah mental jgkla...hahah...mcm aku..kitorg semua berlima...kira mmg rapatla sgt...pergi makan pun sekali...tiap2 kali makan plak tu...bukan ape...rasa mcm dh kenal lama sgt...and then...masing2 punya kelebihan sendiri...
gambar ni diambil selepas raya jugak...depan canselori UiTM Shah Alam...
kesimpulannya kt sini...selagi freindship tu kita jaga elok2...kalo hilang pun bukan angkara kita...InsyAllah...xde ape2 akan memutuskannya....
kepada kawan2ku...setialah dengan persahabatanmu...
kerna nilai sebuah persahabatan itu..tlalu bharga...walau sepahit mana sekalipun...
ianya sebuah kenangan....
apepun...thanks a lot cause willings to be my best freind....
may Allah bless u all.....

 
Copyright The UnLoveR`eD 2010.
Converted To Blogger Template by Anshul .